About


SSD BATINI IDRIS
MARY KAY IND SENIOR SALES DIRECTOR



Batini Idris memulakan perniagaannya bersama Mary Kay pada bulan Mei 2012. Pada awalnya beliau hanya berminat menggunakan produk Mary Kay secara peribadi dan tidak fokus terhadap perniagaan ini. Setelah 11 bulan berlalu beliau mula yakin yang syarikat Mary Kay adalah sebuah syarikat terbaik dalam membantu meningkatkan ekonomi keluarga beliau.

Dengan bantuan para mentor dan senior beliau mula bangkit kembali buat kali kedua pada bulan April 2013. Dan beliau terus memandang ke hadapan demi mencapai impian beliau membina sebuah empayar perniagaan wanita dan juga kehidupan yang lebih sempurna.

Dengan usaha yang sangat gigih tanpa menoleh lagi ke masa lampau. Tanpa mengenal erti bosan dan putus asa, beliau terus mengorak langkah dan mencapai impiannya bersama Mary Kay.

November 2013 detik paling berharga dalam hidup beliau kerana di satukan dengan suaminya Shahril Anuar Abd Rauf yang merupakan seorang suami yang mengambil berat serta penyayang. Malahan Suami beliau merupakan tunjang utama dalam perniagaan Mary Kay. Dengan sokongan padu dari keluarga serta suami tercinta beliau akhirnya berjaya bergelar Sales Director Mary Kay pada bulan Mac 2014.

Pada tahun 2015 beliau telah melahirkan seorang Offspring Sales Director Rozita Musa dan berjaya menyandang gelaran Senior Sales Director. Dengan berkat kesungguhan beliau ingin membantu seramai mungkin wanita di luar sana untuk mencapai impian mereka, pada April 2016 beliau telah berjaya menamatkan cabaran unit Career Car dan memiliki Toyota Avanza 1.5 secara PERCUMA hadiah di atas usaha unit beliau dari Mary Kay. 

Beliau yakin misi Mary Kay adalah yang terbaik buat semua wanita. Beliau juga percaya dengan peluang yang di berikan oleh Mary Kay mampu memperkayakan hidup wanita seluruh dunia. Beliau mempunyai keazaman yang sungguh kuat di mana beliau ingin berkongsi peluang Mary Kay bersama wanita seluruh dunia kerana Mary Kay telah mengubah kehidupan peribadinya secara keseluruhan. 
Dari seorang wanita yang tidak mempunyai kerjaya tetap dan hidup dalam keadaan yang begitu terdesak. Beliau kini merupakan seorang Senior Sales Director di  Mary Kay. 

Mulakan langkah pertama anda HARI INI. Beliau pasti sangat teruja dapat bersama anda menjadi rakan kongsi perniagaan M
ary Kay. 

I Love My Mary Kay !

No comments:

Post a Comment

Copyright to Beauty Madness by Batini Idris
Designed by UMIESUEstudio 2016