Tuesday, October 25, 2016

Bertenaga Dengan Wangian Terbaru Dari Mary Kay


Wangian terbaru Mary Kay UPBEAT di ilhamkan daripada gabungan tenaga Muzik. Bila di musim perayaan semua berkumpul dan tercipta satu irama dan luahan perasaan yang hanya menggambarkan keceriaan, bertenaga dan bebas !

Inspirasi daripada gabungan tenaga ini tercipta satu wangian yang membuatkan anda berasa bersemangat sepanjang hari. Wangian terbaru ini telah menjadi satu lagi koleksi wangian peribadi saya. Wajib ada di dalam handbag. Love it !!


Wangian ini boleh terdiri daripada :

Up notes : 
Haruman unik beri merah, nectarine manis dan epal. Bau teratas mewujudkan rangsangan tenaga dan rasa kegembiraan untuk bertahan melalui pengalaman perayaan.

Middle Notes :
Jasmine yang sangat wangi, patut la saya suka, saya memang suka jasmine. Muguet dan honeysuckle liar menambah bauan untuk wangian sangat bertenaga. Ia memancarkan kewanitaan, keghairahan dan semangat bergerak mengikut rentak.

Bottom Notes :
Nilam, kasturi kulit, ambar dan gaharu bersatu untuk mewujudkan suasana yang sempurna untuk berpesta malam.




Bagi anda yang sukakan kelainan dan mencari bauan yang unik. Upbeat bakal memberi anda pengalaman yang berbeza. Pertama kali saya membuka kotak orange yang sangat ranggi. Membuatkan saya melonjak-lonjak kegembiraan. Saya tahu wangian ini bakal menjadi wangian kegemaran saya dan menjadi koleksi peribadi yang saya bawa ke mana-mana sahaja. 

Jangan terkejut jika saya kata saya simpan stok wangian ini untuk kegunaan peribadi sehingga 6 botol. Sebab saya tahu wangian ini bakal laris dan cepat kehabisan stok di pasaran. 

Anda teruja ingin mencubanya? Jom sertai Perfume party saya untuk menikmati bauan yang bakal membuat anda merasa ghairah dan ingin memilikinya. 

Batini Idris
Mary Kay Ind Beauty Consultant
Since 2012


*No telefon sila rujuk side bar sebelah kanan bahagian atas

No comments:

Post a Comment

Copyright to Beauty Madness by Batini Idris
Designed by UMIESUEstudio 2016