Friday, August 26, 2016

IPD Jeli, Kelantan Anti Aging Skin Care Party

Wow !!! Siapa cakap akak-akak polis muka serius and garang aje kan.. Minggu lepas saya bersama team telah mengadakan Kelas Penjagaan Wajah untuk Anti Penuaan. Kelas ini khas di adakan bagi golongan wanita yang terdiri daripada Akak-Akak Polis dan isteri-isteri kepada Abang-Abang Polis yang berumur 25 tahun dan ke atas. 

Alaa janganlah marah, yang bawah 25 tahun bukan tak bagi join. Tapi kelas ni kan khas untuk kelas penjagaan anti penuaan. Kebiasaanya tanda-tanda penuaan awal dan sederhana bermula pada lingkungan umur 25 tahun dan ke atas. Tapi jangan tak tau... Adik-adik kita yang berumur bawah 25 tahun juga dah ada tanda-tanda penuaan sekarang ni. 

Macam mana keadaan itu boleh berlaku? Antaranya faktor penjagaan kulit kita ni. Ada yang kisah ada yang jenis tak kisah langsung. Ada yang ter'over' kisah pun ada. Macam-macam orang kan. 

Dik.. akak-akak.. Jagalah kulit kita ni baik-baik. Kulit kita ni ada satu je. Tak boleh di beli ganti. Kalau dah rosak, meraung la macam mana pun nak sembuh balik takkan kembali ke sedia kala yang cun melecun tu. 

Mencegah lebih baik dari merawat kan. Jom siapa nak saya cantikkan kulit dia dan nak improve dia punya skin sampai tip top. Syaratnya anda kena konsisten dan mendengar kata. Kalau saya ajar tapi tak buat tak jadi juga kan..

Saya ingin cantikkan lenih ramai wanita di luar sana. Tidak kira ada masalah Jeragat ke Jerawat ke, Penuaan ke kulit kusam ke apa sahaja. Saya sedia membantu. 

Jap..jap.. teringin nak join kelas dan anjurkan kelas di pejabat atau tempat anda? Boleh sangat. Saya suka travel and sharing knowledge yang ada. Boleh je tetapkan temujanji dengan saya. jom cek jadual bila kosong. Weekday boleh weekend pun boleh. Jangan pagi raya sudah. Meraung husband kang.. bini-bini nak cantik.. 

Okey.. see you next post.. Love you ladies..

Batini Idris
Mary Kay Ind Beauty Consultant
Since 2012


*No telefon sila rujuk side bar sebelah kanan bahagian atas









No comments:

Post a Comment

Copyright to Beauty Madness by Batini Idris
Designed by UMIESUEstudio 2016