Wednesday, June 17, 2015

Gel Eyeliner Vs Liquid Eyeliner


Dua-dua eyeliner di atas ada kelebihan dan peminatnya sendiri. Ada yang suka Gel Eyeliner atau lebih gemar Eye liner pen.

Tahukah anda perbezaan Tekstur, kelebihan dan kegunaan Dua produk ini?

GEL Eye Liner

Sekitar tahun lepas Ianya meletup di pasaran. Dan masih mempunyai permintaan tinggi. Ini kerana bagi penggemar celak mata tebal, kalis air, dan pencinta warna mata, Gel eye liner sangat sesuai bagi mereka.

Mempunyai Tekstur yang lembut dan sedikit sticky. Senang di bentuk mengikut saiz ketebalan yang anda inginkan, kerana penggunaan berus eyeliner sangat flexible yang sememangnya di beri PERCUMA dengan setiap Gel Eye Liner. Dan yang paling penting Ianya mudah di blend bersama eye color atau pewarna mata atau biasa di panggil eye shadow. Ini memberikan effect smokey eye terbaik.

Liquid Eye Line

Sangat mudah di gunakan, flexible, dan senang di bawa ke mana-mana. Berbetuk seperti pen. Ini adalah yang terbaru di pasaran. Kalis air, solekan tebal atau nipis mengikut citarasa tetapi tidak sesuai untuk membuat smokey eye dan tidak boleh di blend.

Liquid Eyeliner sesuai bagi orang yang tidak mempunyai masa untuk bersolek dan kelihatan ringkas.

Kedua-dua eyeliner di atas mempunyai kelebihan yang sama rata dan Fungsi berbeza. Ikut citarasa anda yang mana satu adalah diri anda. Saya ada keduanya, mengikut tempat dan solekan yang saya inginkan.

Selamat Mencuba

Batini Idris
Profesional Beauty Consultant
014-8407005

No comments:

Post a Comment

Copyright to Beauty Madness by Batini Idris
Designed by UMIESUEstudio 2016