Sunday, June 14, 2015

Bahaya Racun Berjadual dalam produk Kecantikan





HIDROKUINON
Hidrokuinon merupakan racun berjadual yang sering digunakan di dalam produk kecantikanh. Racun berjadual ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor/farmasi. Dengan penggunaan yang banyak akan memerikan kesan yang sangat menakutkan kepada pengguna. Ia di gunakan dalam system perubatan sebanyak 2%-4% sahaja. Hanya doctor yang boleh menggunakan kaedah rawatan ini. Pakar kecantikan juga tidak di benarkan menggunakan kaedah ini apatah lagi produk kecantikan tempatan.

Hidrokuinon bersifar menghakis, ini boleh menyebabkan lapisan luar kulit iaitu epidermis dan menghalang pembentukan melanin. Melanin merupakan pigment yang terdapat pada kulit dan mempunyai warna yang agak gelap. Dengan penggunaan hidrokuinon akan menghakis secara cepat dan menyebabkan kulit kelihatan cerah, jeragat hilang dan cantik.
Penggunaan hidrokuinon tidak bersifat kekal, kulit akan kembali ke warna asal dan kelihatan kusam. Ini akan menyebabkan pengguna akanm bertukar produk ke satu satu produk yang lain dan mengambil jumlah hidrokuinon yang lebih tinggi dan jangka masa yang lama. Sebenarnya kulit yang putih oleh hakisan hidrokuinon tidak akan kekal lama kerana kulit muka akan kembali kepada warna asal

Ini terjadi kerana proses melanin akan kembali aktif apabila sedar kulit di lapisan atas sudah terhakis. Secara tak langsung bintik-bintik hitam akan mula tumbuh semakin banyak dan teruk.

Penggunaannya yang berterusan mengakibatkan muka menjadi semakin nipis dan sensitif, kemerahan, rasa pedih dan kesan seperti terbakar. Kulit akan menggelupas secara banyak atau perlahan bergantung kepada jenis kulit dan jumlah penggunaan bahan terlarang. Ini menyebabkan kulit tidak ada lagi daya pelindung mengakibatkan ia menjadi terlalu sensitif pada cahaya matahari, debu, asap, kekotoran udara dan sebagainya. Biasa di peringkat ini pengguna akan mengalami masalah kulit yang sangat teruk seperti jerawat bernanah, muka kemerahan, lebam, sensitive, kesan tompokan hitam dan lain-lain.
Kesan jika penggunaan hidrokuinon dihentikan, kulit akan menjadi lebih gelap/hangus. Akibatnya penipisan kulit terus berlaku sehingga merebak pada lapisan kedua (dermis) yang mengandungi saluran darah. Pada tahap ini, sama ada hidrokuinon terperangkap di bawah kulit yang mengakibatkan kulit berbintil hodoh atau lebih malang lagi jika ia dipam oleh jantung ke seluruh tubuh yang akan merosakkan ginjal. Lebih teruk lagi menjadi salah satu faktor penggalak bagi kanser kulit. Hidrokuinon yang menyerap ke dalam saluran darah memberi kesan pada pertuturan, pendengaran, muntah, renjatan otot, sakit kepala, sawan dan koma

MERKURI

MERKURI juga merupakan bahan racun berjadual yang di istiharkan haram kerajaan Malaysia dan beberpa Negara lain. Ia merupakan logam berat yang sangat beracun. Ianya lebih merbahaya daripada hidrokuinon. Merkuri juga merupakan agen pemutih. Dengan penggunaan yang sedikit iainya boleh menyerap ke dalam salur darah. Raksa boleh mengakibatkan gangguan saraf, kerosakan ginjal, gangguan otak, memati sel darah dan mencacat janin.

No comments:

Post a Comment

Copyright to Beauty Madness by Batini Idris
Designed by UMIESUEstudio 2016