Saturday, March 22, 2014

Kenapa Saya Pilih Mary Kay ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya sangat berbesar hati ingin berkongsi sedikit tentang Mary Kay. Kenapa ramai wanita termasuk saya mencintai produk Mary Kay ! Anda pastu teruja ingin mengetahui tentang Mary Kay bukan, kerana itulah anda berada di sini. Mencari sedikit maklumat tentang Mary Kay. 

Ini saya dulu.. 


Seorang wanita yang memang sukakan make up tetapi tidak sedar akan penjagaan wajah yang seimbang. Kalau anda lihat di meja solek saya pelbagai jenis barangan makeup ada. Tetapi saya tiada walau satu pun produk penjagaan wajah seperti pencuci muka, toner, apatah lagi pelembap. Bagi saya kulit saya ok je.. cantik je.. tiada masalah dengan jerawat atau kulit berminyal. Tidak pernah langsung sibiji jerawat ada di muka saya ni dari dulu sampai sekarang.

Oleh kerana tiada langsung cela saya langsung tidak ambil peduli tentang penjagaan wajah. Sehingga saya mengenali Senior saya Senior Sales Director Robiah Huri yang cuba memperkenalkan kepada saya dengan Mary Kay. Tapi dengan angkuhnya saya menolak dari segi body language tapi tidak di mulut. Masa tu dalam fikiran saya " alah dia ni nak jual produk kat aku" betapa negatifnya saya masa tu. Bila Kak Robiah Huri bertanyakan tentang set penjagaan wajah apakah yang saya gunakan sebab muka saya licin dan tiada masalah. Saya dengan bangganya menjawab " tak pakai apa pun kak pakai bedak je" tau apa akak tu jawab? " tunggu la setahun dua.. nanti dah timbuh jeragat tau lah.. kulit kering ni" Kak Robiah cuba memberi amaran kepada saya jika saya teruskan dengan cara saya, saya akan di timpa masalah. Tapi "Ada aku kisah?" masa tu lah

2012- Kulit saya makin kusam apatah lagi saya berkawad di tengah padang kawad yang panas. Kulit saya semakin lama semakin kering dan kusam. Dan saya masih tidak menggunakan apa-apa produk penjagaan wajah. Sehingga lah saya mengenali bedak arab dan saya merupakan pemborong barangan Kosmetik dari Thailand, China dan juga Arab Saudi. Saya mula menggunakan Sabun beras thailand kerana agak sukar menanggalkan Bedak Srab kerana terlalu tebal dan seperti tanah liat. Sejak itu kulit saya semakin kering. 

Saya mula buat keputusan bila kulit saya terlalu kering, bedak dan makeup pun xnak lekat. Jika pegang dan gosok pipi macam kertas bunyi nya kerana terlalu kering. Eye bag dan dark circle mula kelihatan. Masa tu saya mula mencari kak Robiah Huri dan bertanyakan tentang Produk. Alhamdulillah anda boleh lihat sendiri gambar di atas semuanya tanpa makeup bagaimana Mary kay mengubah hidup saya. Merubah penampilan saya menjadi bertambah yakin berseri dan cantik. Sangat halus, lembap dan tidak lagi kusam.  


Dan ini saya pada September 2013. Alhamdulillah.. saya sangat cintakan Mary Kay. Saya telah berhenti semua perniagaan borong kosmetik saya secara 100% dan kini saya merupakan Beauty Consultant Mary Kay. Setiap orang menghadapi masalah yang tidak sama. Dapatkan khidmat nasihat dan perundingan tentang kulit anda bersama saya. Saya sedia membantu kerana saya dahulu seperti anda juga mempunyai masalah kulit yang sangat ketara. Dan Alhamdulillah Mary Kay kini menjadi inspirasi saya untuk berjaya tidak kira dalam apa jua jua, Dari segi Kareer dan juga Keluarga. 



Saya mengamalkan prinsip-prinsip Mary Kay, Go-Give, Golden Rules, And i will make you feel important. Hubungi saya untuk sesi perundingan anda. 014-840 7005 atau email kepada sefitrah@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Copyright to Beauty Madness by Batini Idris
Designed by UMIESUEstudio 2016